Skip to main content

Advertisement

Badminton

Terbuka New Zealand: Peng Soon-Liu Ying muncul juara

59535237_2748816395160926_744911834963771392_o.jpg
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand selepas menundukkan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti di pentas final sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Eventfinda, Auckland itu, Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun, diberikan tentangan sengit oleh pasangan pilihan kelima itu sebelum mencatat kemenangan 21-14, 16-21, 29-27.

Kejayaan itu menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merangkul kejuaraan kedua mereka tahun ini selepas kali pertama dalam Masters Thailand, Januari lalu.

Terdahulu, beregu di ranking kelima dunia itu mara ke final selepas menewaskan satu lagi pasangan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuella Widjaja, dalam separuh akhir, semalam.

-- BERNAMA
 

Advertisement

Must Watch Video