Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand dengan bergaya setelah menundukkan gandingan Hafiz Faizal-Gloria Emanuella Widjaja dari Indonesia, hari ini.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Eventfinda, Auckland, Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah meraih kemenangan 21-14, 21-18 dalam tempoh 40 minit.
Kejayaan mara ke pentas akhir itu sekali gus menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berjaya membalas dendam kekalahan 21-18, 12-21, 16-21 dalam suku akhir Terbuka Singapura, bulan lalu.
Pasangan profesional itu, yang sebelum ini bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), akan berdepan gandingan Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia selepas pilihan kelima itu menundukkan pasangan Taiwan, Wang Chi Lin-Cheng Chi Ya, 21-12, 23-21.
Kisah berbeza dialami beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, selepas pilihan ketujuh kejohanan itu gagal menyaingi kehebatan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, dalam aksi tiga set.
V Shem-Wee Kiong, bagaimanapun, memberi tentangan sengit kepada pilihan kedua kejohanan tersebut sebelum tewas 19-21, 21-18, 14-21 dalam masa 52 minit.
-- BERNAMA