Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Persiapan Aaron-Wooi Yik berjalan lancar

aaron-wooi-yik-badminton-malaysia.jpg
Dua minggu sebelum menuju ke saingan Terbuka Malaysia, pemain beregu lelaki nombor empat dunia, Aaron Chia berkongsi persiapannya dan pasangan, Soh Wooi Yik, berjalan lancar.

Lebih selesa untuk tidak mendedahkan sasaran peribadi di kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu -- Aaron-Wooi Yik hanya fokus untuk meningkatkan prestasi sendiri selain berharap akan ada ulangan pertemuan dengan  beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Pasangan China itu merupakan lawan yang menumpaskan keduanya di aksi peringkat kumpulan final Jelajah Dunia di Bangkok awal Disember lalu.

"Setiap perlawanan kami akan berusaha sebaik mungkin. Fokus kepada persembahan diri sendiri daripada kemampuan lawan. Kami perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi setiap perlawanan," kata Aaron.

"Dijangka bakal berdepan lawan dari China di awal pusingan, ia adalah perlawanan yang sukar namun kelebihan beraksi di laman sendiri akan digunakan sebaik mungkin."

Advertisement

Must Watch Video