Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Vivian-Cheng Wen kandas dalam pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vivianchengwen.jpg
Beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Yap Cheng Wen, tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas tewas 20-22, 21-16, 19-21 kepada wakil Thailand, Chaiyanit Chaladchalam dan Phataimas Muenwong, hari ini.

Vivian dan Cheng Wen terpaksa melalui persiapan singkat bagi kejohanan ini susulan penampilan dalam Terbuka India minggu lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di peringkat suku akhir.

Usaha mereka untuk mencipta kebangkitan di laman sendiri menjadi misi sukar sebaik sahaja tewas set pertama 22-20.

Pujian wajar diberikan kepada gandingan negara itu atas usaha mereka mengheret aksi ke set penentuan apabila meraih kemenangan 21-16 dalam set kedua.

Bagaimanapun, beberapa kesilapan mudah mereka dimanfaatkan wakil Thailand itu untuk melengkapkan kemenangan 21-19.

"Terdapat beberapa perkara yang gagal dilakukan dengan sempurna dan saya agak kecewa dengan kekalahan ini," kata Cheng Wen.

"Kami agak kecewa kerana tewas di hadapan penyokong Malaysia. Saya berharap kami dapat bangkit untuk kejohanan akan datang dengan memastikan kesilapan dalam perlawanan ini tidak diulangi lagi," kata Vivian.

Advertisement

Must Watch Video