Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: V Shem-Wee Kiong tepati ramalan

vshemweekiong.jpg
Skuad beregu lelaki profesional negara memastikan satu lagi wakil ke pusingan kedua susulan kemenangan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong ke atas wakil Thailand dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata, sebentar tadi.

V Shem-Wee Kiong mengikut jejak langkah Andrew Chooi Kah Ming dan Low Juan Shen yang terdahulu menyingkirkan pasangan ranking ke-11 dunia dari China, He Jiting-Tan Qiang.

Di atas kertas, V Shem-Wee Kiong dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash berdasarkan tiga rekod pertemuan yang memihak pasangan Malaysia itu.

Set pertama mencorakkan haluan perlawanan itu secara keseluruhan apabila V Shem-Wee Kiong menang 21-14 sebelum diasak dalam set berikutnya.

Meskipun ada kesilapan sendiri yang dilakukan, mereka tetap unggul dengan kemenangan 21-18.

"Kami bermain dengan baik dalam perlawanan ini, setiap perancangan dijalankan dengan baik," kata V Shem.

"Sasaran kami turun beraksi di laman sendiri adalah muncul juara. Kami mahu memastikan tekanan tidak mengganggu dan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan," kata Wee Kiong pula.

Advertisement

Must Watch Video