Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon tarik diri

goh-soon-huat-shevon-jemie-lai.jpg
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terpaksa menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 berikutan masalah kesihatan yang dialami Soon Huat.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini berkata Soon Huat mengalami pening kepala selepas sesi latihan pagi ini.

Gandingan Malaysia itu dijadual berdepan pilihan keempat, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand, dalam perlawanan pusingan kedua hari ini di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) di Bukit Jalil.

Beregu nombor dua negara itu mengalahkan pasangan Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami, 21-13, 21-15 dalam perlawanan pusingan pertama semalam.

Beregu Thai yang mencatat kemenangan percuma itu akan bertemu sama ada pemain China, Ou Xuanyi-Feng Xueying, atau pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith, dalam pertemuan suku akhir esok.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video