Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, menepati ramalan apabila tidak menghadapi masalah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019, sebentar tadi.
Dalam aksi di Arena Axiata, Bukit Jalil, gandingan ranking ke-11 dunia itu hanya memerlukan 23 minit untuk menewaskan pasangan Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami 21-13, 21-15.
Bagi Shevon, beraksi di hadapan penyokong sendiri memberi kelebihan, sekali gus meniupkan semangatnya untuk membuka kempen kejohanan dengan keputusan positif.
“Perlawanan ini memang kami lakukan persiapan rapi sebab tak pernah berdepan mereka sebelum ini. Jadi, kami turun dengan matlamat melakukan yang terbaik dan saya rasa ia satu perlawanan yang lebih mudah daripada yang disangka.
“Saya rasa bermain di gelanggang sendiri memang beri satu kelebihan kerana kami menerima sokongan daripada penyokong sendiri dan juga keluarga. Kami akan cuba untuk tidak menghampakan harapan mereka,” kata Shevon.
Pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, akan menjadi halangan Soon Huat-Shevon dalam pusingan kedua selepas gandingan pilihan keempat kejohanan itu mengalahkan wakil Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara, 21-12, 21-6.
“Setiap perlawanan menentang mereka (Dechapol-Sapsiree) adalah 50-50 dan kali terakhir berjumpa, kami tewas. Jadi, perlawanan esok pasti akan lebih sukar,” tambah Shevon.
Dalam masa sama, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Nitchaon Jindapol dari Thailand 21-13, 21-12.
Jin Wei, bagaimanapun, mengakui bukan mudah bagi dirinya untuk mara sehingga ke peringkat tertinggi memandangkan Terbuka Malaysia berstatus Siri Super 750, namun bersedia memberikan segalanya.
"Saya menikmati perlawanan ini dan tidak meletakkan tekanan untuk melakar kemenangan. Saya tidak jangka dapat beraksi dalam Terbuka Malaysia kerana ia berstatus Siri Super," katanya.
Sementara itu, pemain profesional negara, Chong Wei Feng, ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama apabila gagal menyaingi kehebatan pencabar dari Jepun, Kanta Tsuneyama, yang menyaksikan dia tewas 21-12, 21-12 dalam tempoh 35 minit.
-- BERNAMA