Menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah, perlu mengelak daripada terus ditimpa badi tersingkir seawal pusingan pertama selepas diundi buat kali kelima berturut-turut sepanjang tahun ini bertemu pemain pilihan, Akane Yamaguchi.
Sejak Masters Malaysia awal Januari lalu, Soniia kerap terkandas seawal pusingan pertama, dengan kali terakhir kejohanan disertai Soniia merupakan Seluruh England bulan lalu.
Salah satu faktor menjurus kepada kegagalan Soniia merupakan undian yang sering menemukannya dengan kelompok atasan dunia.
Antara yang menjadi duri dalam daging buat Soniia dalam empat kejohanan disertainya tahun ini adalah Aya Ohori dari Jepun serta jaguh dari Thailand, Ratchanok Intanon.
"Saya tersingkir dalam pusingan pertama dalam beberapa kejohanan yang disertai tahun ini, ia sebahagian daripada sukan ini. Saya mahu mempamerkan aksi yang lebih baik dalam kejohanan akan datang," katanya.
Dengan Soniia kini berada dalam keadaan terdesak setelah mempunyai empat rekod kekalahan seawal pusingan pertama setakat ini, dia perlu mencipta keajaiban menentang Yamaguchi yang juga pilihan keempat kejohanan.
"Persiapan saya sebenarnya berjalan dengan lancar dan apa yang diperlukan adalah permainan yang konsisten di atas gelanggang dan berharap ia dapat dilakukan dalam Terbuka Malaysia."