Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Pornpawee sekat laluan Jin Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jinwei.jpg
Hasrat untuk menyaksikan perseorangan wanita negara mara ke saingan suku akhir tidak kesampaian apabila Goh Jin Wei terkandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 kepada wakil Thailand, sebentar tadi. 

Jin Wei berdepan laluan sukar seawal set pertama apabila lawan, Pornpawee Chochuwong, lebih ampuh untuk menang 21-16.

Namun, sokongan padu penyokong di Arena Axiata sedikit-sebanyak melonjakkan motivasi Jin Wei untuk akhirnya mengheret perlawanan ke set penentuan menerusi keputusan 21-12.

Peluang untuk mara ke pentas lapan terbaik kejohanan akhirnya gagal dilunaskan apabila Jin Wei tewas 10-21 dalam set ketiga selepas berjuang dalam tempoh 56 minit.

Advertisement

Must Watch Video