Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Persiapan mental jadi titik tolak Aaron Chia-Soh Wooi Yik

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen, tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang bagi menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul gelaran Terbuka Malaysia dalam edisi yang bermula Selasa, namun dia berjanji bahawa barisan pemain negara akan tampil lebih matang apabila berada di situasi genting.

Untuk 2024, dia yang berada di kedudukan nombor empat dunia itu menjadi pemain beregu utama dunia selain meraih pingat dalam Sukan Olimpik Paris. 

"Semuanya mahu menang tapi tiada kepastian. 




"Tetapi persiapan haruslah 100 peratus daripada segi mental. Ketika dalam detik penting perlawanan, kami sering beri kelebihan kepada pihak lawan.

"Jadi sasaran kami tetap saya iaitu kedudukan nombor satu dunia dan Sukan Olimpik," katanya dalam sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video