Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Peng Soon-Liu Ying mara ke suku akhir

pengsoonliuying.jpg
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, memastikan mereka melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas merakamkan kemenangan  21-13, 21-14 ke atas wakil Indonesia, Ricky Karanda Suwardi-Pia Zebadiah Bernadet, sebentar tadi.

Hanya 31 minit diperlukan oleh beregu ranking kelima dunia itu untuk meneruskan cabaran dalam saingan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Peng Soon-Liu Ying sebelum ini melepasi pusingan pertama dengan mengatasi pasangan Jepun, Kohei Gondo-Ayane Kurihara.

Aksi agresif yang dipamerkan Peng Soon-Liu Ying membenarkan mereka mengawal rentak permainan sebelum menoktahkan set pertama 21-13.

Suwardi-Bernadet berusaha untuk mengejar permainan dalam set kedua tetapi pengalaman yang dimiliki pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu menjadi kelebihan untuk merakamkan kemenangan 21-14.

Advertisement

Must Watch Video