Kurang 24 jam sebelum bermulanya Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019, beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, berperang dengan faktor kecergasan berikutan baru sahaja tiba di ibu negara.
Mei Kuan-Meng Yuen baru tiba dari New Delhi awal pagi tadi selepas bergelar naib juara Terbuka India, semalam.
Mereka menguji gelanggang pada sebelah petang tadi dan mengakui kepenatan kerana kemungkinan dalam tempoh 24 jam berikutnya, mereka akan terus beraksi dalam pusingan pertama.
Ironinya, ia merupakan ulangan separuh akhir Terbuka India kerana mereka akan sekali lagi berentap dengan pilihan kelapan kejohanan dari Thailand, Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kititharakul, dalam pusingan pertama.
"Fizikal saya masih di tahap terbaik kerana masih bersemangat untuk memburu kemenangan buat kali kedua tahun ini.
"Persiapan kami juga bagus," kata Meng Yean.
Ia motivasi terbaik buat Mei Kuan-Meng Yuen memandangkan tahun lalu, langkah mereka dalam Terbuka Malaysia terhenti seawal pusingan pertama.
Selain Mei Kuan-Meng Yuen, beregu wanita negara juga meletakkan sandaran kepada gandingan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen yang turut berdepan wakil Thailand, Chayanitchaladchalam-Patimas Muenyong.
"Pencapaian dalam Terbuka India melonjakkan semangat kami tetapi ia sudah berlalu.
"Kami perlu mengetepikan soal itu bagi menghadapi saingan ini," kata Mei Kuan.