Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, bangkit daripada ambang kekalahan di Arena Axiata, Bukit Jalil malam ini untuk memastikan maruah badminton negara dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 berterusan ke separuh akhir.
Kian Meng-Pei Jing merupakan wakil tunggal negara yang kekal dalam kempen berkenaan ketika turun menentang wakil Indonesia, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina.
Bagaimanapun, kekalahan 17-21 dalam set pertama membangkitkan rasa kurang senang pelbagai pihak yang enggan memikirkan baki dua hari saingan tanpa satupun wakil Malaysia.
Malah, dalam set kedua, Tontowi-Winny berada di kedudukan baik untuk ke separuh akhir sebelum Pei Jing memanfaatkan servis untuk mencuri mata dan kemudiannya menang 21-16.
Set penentuan tiada bezanya sehingga Kian Meng-Pei Jing berupaya menjarakkan diri selepas pertengahan aksi sebelum menang 21-16.
"Saya memikirkan pendekatan mudah dalam aksi sebentar tadi.
"Saya mengubah sedikit beberapa pendekatan servis.
"Kami mengganggu rentak permainan lawan, dari situ kami mula mengutip mata dan keyakinan mula kembali," kata Pei Jing.
Tambah Kian Meng: "Say hanya harap boleh buat yang terbaik kerana bukan mudah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia.
"Saya tidak mahu kekesalan."