Peluang perseorangan lelaki mencabar kejuaraan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia semakin tipis selepas berakhirnya kempen wakil profesional menerusi penyingkiran Chong Wei Feng, sebentar tadi.
Wakil profesional yang turun sebelum Wei Feng, Liew Daren, tersungkur di tangan perseorangan Thailand, Kanthapon Wangcharoen.
Wei Feng pula, yang diserap ke dalam saingan bertaraf perdana ini pada saat-saat akhir, terpaksa berdepan wakil Jepun di ranking ke-13 dunia, Kanta Tsuneyama.
Terbukti jurang kualiti di antara dua pemain itu terlalu besar sehingga menyukarkan Wei Feng untuk menawarkan tentangan berkualiti.
"Saya agak terkejut kerana dapat beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia kerana ia merupakan kejohanan utama dan jarang sekali terdapat peserta yang menarik diri," kata Wei Feng.
Tsuneyama hanya memerlukan 35 minit untuk mengatasi Wei Feng 21-12, 21-12.
"Lawan saya mempamerkan persembahan konsisten. Permainan bertahan dan kelajuannya menjadi kelebihan untuk mengatasi saya."