Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Dua beregu negara mara ke pusingan kedua

pic-4.jpg
Finalis Kejohanan Badminton Seluruh England 2019, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepis tekanan apabila mengesahkan tiket ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Aaron dan Wooi Yik turun sebagai wakil terakhir yang menutup tirai kempen kontinjen Malaysia bagi aksi pusingan pertama di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Lawan mereka, Chris Langridge dan Marcus Ellis dari England tidak asing buat Aaron dan Wooi Yik yang sudah dua kali mencongak perhitungan dengan rekod 1-1.

Selepas merampas set pertama 21-14, Aaron dan Wooi Yik kemudiannya menang set kedua 21-19.

"Kami bermula dengan baik. Kami sudah mengenali corak permainan lawan kami dan tekanan yang diberikan kepada mereka membuahkan hasil," kata Wooi Yik.

"Terdapat beberapa kekurangan dalam perlawanan harus dikurangkan bagi memastikan kami mara jauh dalam saingan kali ini," kata Aaron.

Terdahulu, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turun menentang pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Kittinupong Kedren.

Ee Yi-Yew Sin tidak berdepan masalah untuk memastikan mereka di depan apabila menang set pertama 21-17.

Set kedua mereka ditawarkan tenatangan sengit tetapi tetap tenang untuk memastikan tiket pusingan kedua hasil kemenangan 21-19.

"Seperti biasa, kami tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang dengan menjadikan persembahan dalam gelanggang sebagai keutamaan," kata Ee Yi.

"Sikap tergesa-gesa mencari mata menyaksikan lawan menggunakan peluang untuk mengejar kedudukan tetapi kami berjaya memastikan kemenangan," kata Yew Sin.
 

Advertisement

Must Watch Video