Meskipun masih dibelenggu kecederaan, pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren, menegaskan kepentingan untuk dia beraksi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia demi tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Selepas Kejohanan Masters Malaysia, Januari lalu, Daren meneruskan penampilan dalam kejohanan terbuka, termasuk Seluruh England 2019 sambil menanggung kecederaan.
Belenggu itu memberi kesan kepada prestasi Daren dalam aksi kompetitif dengan pulangan keputusan tidak memberangsangkan.
Bagaimanapun, Daren, yang menduduki ranking ke-23 dunia, mengesahkan dia dan Lee Zii Jia memiliki peluang cerah untuk sama-sama layak ke temasya Tokyo 2020.
Untuk sebuah negara memiliki dua wakil perseorangan di Tokyo, mereka perlu menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik dunia sebelum tamat tempoh kelayakan pada hujung April 2020.
"Saya fikir keadaan saya masih belum 100 peratus pulih. Malah, selepas menyertai Seluruh England, saya masih dibelenggu kesakitan di bahagian kaki.
"Namun, saya beransur pulih dan sesi latihan saya berjalan lancar.
"Lagipun, ini adalah kejohanan besar dan penting untuk saya memungut mata kelayakan, jadi saya perlu teruskan perjuangan.
"Saya harap boleh meraih kedudukan 16 terbaik menjelang bulan depan dan ia satu sasaran yang realistik. Saya rasa itu langkah terbaik," katanya.