Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Axelsen muncul juara

63c3bcd914052.jpg
Pemain badminton nombor satu dunia, Viktor Axelsen, memulakan kempen musim 2023 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.

Axelsen menjadi pemain badmintoJaguh Denmark, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, Axelsen yang menduduki ranking pertama dunia menewaskan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka 21-6, 21-15.

Kejayaan itu turut menyaksikan Axelsen muncul pemain pertama dari benua Eropah yang berjaya menjuarai Terbuka Malaysia dua kali berturut-turut.

Sebaliknya, Naraoka yang menyingkirkan dua wakil negara, Lee Zii Jia di pusingan pertama dan Ng Tze Yong (pusingan kedua), terlepas peluang muncul pemain pertama Jepun muncul juara Terbuka Malaysia.

“Tiada rahsia untuk memenangi kejohanan ini, saya hanya cuba melakukan yang terbaik apabila setiap kali turun ke gelanggang bermula pusingan pertama.

“Sejak dahulu lagi kejohanan ini amat dekat dengan saya. Saya gembira apabila sekali lagi dapat memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia,” kata Axelsen sejurus tamat perlawanan.

Selaku juara Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf kepada Super 1000 mulai tahun ini, Axelsen membawa pulang ganjaran AS$87,500 (RM379,000), manakala Naraoka meraih ASD42,500 (RM184,000).

Sementara itu, pemain wanita nombor satu dunia, Akane Yamaguchi, menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita, kejayaan juara dunia berusia 25 tahun itu menjadikan dia pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia, Hiroe Yuki, pada 1968.

Kredit: Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video