Skip to main content

Badminton

Terbuka Macau: Gelaran pertama Pei Jing bersama Jimmy Wong tertunda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jimmy-wong-pei-jing.jpg
Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, perlu menunggu lebih lama untuk meraih gelaran pertama bersama gandingan barunya, Jimmy Wong, selepas tewas dalam aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Avenida da Nave Desportiva sebentar tadi.

Sejak digandingkan awal tahun ini, perlawanan kali ini merupakan peluang terbaik untuk mereka meraih gelaran pertama dalam Siri Jelajah Dunia BWF tetapi impian berkenaan tertunda di tangan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Jimmy dan Pei Jing terpaksa akur tewas 13-21, 16-21 untuk bergelar naib juara selepas secara keseluruhan bertarung selama 45 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video