Bekas beregu badminton kebangsaan, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, gagal menempah tiket ke final Kejohanan Terbuka Korea Selatan selepas tewas mudah kepada pilihan kelapan dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 21-13, 21-12 dalam aksi separuh akhir, hari ini.
Set pertama menyaksikan bekas pemain kebangsaan itu tampak gugup dalam gelanggang apabila banyak mata diberikan kepada pasangan Jepun berkenaan.
Awal permainan, Kah Ming-Juan Shen, ketinggalan 0-3 sebelum merapatkan jurang kepada 6-7.
Namun, akibat kesilapan sendiri, pertahanan yang longgar selain memberikan lawan mata mudah menyaksikan Kah Ming-Juan Shen ketinggalan 7-11 sebelum merapatkan jurang kepada 13-15.
Apapun, kebangkitan mereka terhenti di mata ke-13, apabila lawan mereka meningkatkan rentak permainan untuk mengutip mata demi mata sebelum menamatkan set pertama 21-13.
Kah Ming-Juan Shen mula memperbaiki permainan dalam set kedua apabila mendahulu 4-2 sebelum pasangan beregu Jepun berkenaan bangkit menyamakan kedudukan kepada 4-4.
Rentak baik itu bagaimanapun gagal diteruskan wakil Malaysia itu yang sekali lagi gagal menyerap asakan Endo-Watanabe.
Pada satu ketika, pasangan beregu Malaysia itu ketinggalan dengan jurang 10 mata pada kedudukan 7-17 sebelum merapatkan jurang kepada 11-18.
Namun, Kah Ming-Juan Shen gagal menterbalikkan defisit besar itu dan menyerah mudah set kedua 12-21 dalam tempoh keseluruhan permainan 29 minit untuk mengakhiri cabaran negara.