Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Peng Soon-Liu Ying gagal ke final

chan-peng-soon-goh-liu-ying.jpg
Beregu campuran nombor satu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, masih belum mampu menangkis tentangan sengit pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping, apabila mengulangi kekalahan minggu lalu, dan kali ini dalam separuh akhir Terbuka Jepun hari ini.

Kali terakhir bertemu dalam separuh akhir Terbuka Indonesia, tujuh hari lalu, wakil China itu yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan, mempamerkan permainan kemas untuk menang mudah aksi straight set dalam tempoh 43 minit.

Kali ini, di peringkat sama, Yilyu-Dongping hanya memerlukan setengah jam untuk sekali lagi mengesahkan kemaraan ke final apabila permulaan baik Peng Soon-Liu Ying dalam set pertama hanya bertahan sehingga mata ketiga sebelum ditewaskan 10-21.

Peng Soon-Liu Ying dilihat terus gagal bangkit sebaik set kedua bersambung apabila mudah ditundukkan 6-21.

Ini merupakan kekalahan ketiga beregu campuran profesional negara itu kepada Yilyu-Dongping sejak Kejohanan Final Siri Super, Disember tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video