Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Peng Soon-Liu Ying akur taktikal ampuh lawan

chan-peng-soon-goh-liu-ying_1.jpg
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terluka dengan penyingkiran mudah mereka dalam separuh akhir Terbuka Jepun, hari ini. 

Peng Soon-Liu Ying mempunyai nostalgia tersendiri dalam saingan ini apabila pernah muncul juara edisi 2012, iaitu gelaran tunggal bertaraf perdana yang ada dalam koleksi mereka.

Laluan mereka dalam memburu penampilan final musim ini memberangsangkan apabila menyingkirkan gandingan ketika terbaik dunia dari kem tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam suku akhir.

Bagaimanapun, dalam aksi penentuan ke final, Peng Soon-Liu Ying ditawarkan ujian sebenar daripada pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Lima pertemuan di antara mereka berkesudahan tiga daripadanya memihak lawan dengan kali terakhir pasangan beregu campuran negara dikecewakan adalah dalam Terbuka Indonesia, minggu lalu. 

Jika sebelum ini taruhan negara di ranking kelima dunia itu menawarkan tentangan sengit, kali ini jauh berbeza apabila mudah terkulai dengan kekalahan straight set 21-10, 21-6 dalam tempoh 31 minit.

"Lawan kami bermain bagus dan memberi tekanan besar kepada kami. 

"Taktikal mereka sangat bagus dan ia antara punca kekalahan kami," katanya. 

Persiapan mereka untuk menghadapi Kejohanan Dunia dari 19 hingga 25 Ogos depan akan diteruskan dengan menyertai Terbuka Thailand, minggu depan.

 

Advertisement

Must Watch Video