Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Peng Soon, Liu Ying cemerlang ke separuh akhir

pengsoonliuying.jpg
Pasangan beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mempamerkan aksi mantap untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Terbuka Jepun selepas menewaskan wakil tuan rumah, hari ini.

Peng Soon dan Liu Ying mencipta kejutan apabila mengatasi pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dengan keputusan 21-18, 22-20 di Tokyo.

Kemenangan itu dilihat sebagai balas dendam buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu susulan kekalahan ketika saingan Masters Malaysia dan Pusingan Akhir Jelajah Dunia di tangan lawan sama yang merupakan juara Seluruh England tahun lalu.

Peng Soon dan Liu Ying bakal melakukan perhitungan untuk menempah slot ke final dengan menentang wakil China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, yang terlebih dahulu menundukkan Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman 21-10, 21-18.

Kemenangan ke atas Watanabe dan Higashino itu menyaksikan Peng Soon dan Liu Ying melangkah ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu selepas melakar pencapaian sama dalam Terbuka Indonesia di Jakarta, minggu lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video