Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

aaron-wooi-yik.jpg
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menampilkan aksi meyakinkan ketika berdepan pasangan China, Han Cheng Khai-Zhou Hou Dong, untuk menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, hari ini.

Beregu lelaki nombor satu negara itu menuruti jejak pasangan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-18, 21-11.

Kedua-dua pasangan mempamerkan aksi bertenaga dengan corak permainan pantas dan saling mengejar mata.

Set pertama terpaksa diheret lebih panjang sebelum pasangan negara meraih kemenangan 22-20.

Bagaimanapun, Aaron dan Wooi Yik terpaksa bekerja keras dalam set kedua sebelum akur tewas 23-25.

Namun, naib juara Kejohanan Seluruh England itu mengekalkan ketenangan untuk mengekalkan pendahuluan dalam set penentuan sebelum memenanginya 21-14.

Advertisement

Must Watch Video