Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, perlu merangka strategi terbaik bersama pengendalinya, Datuk Misbun Sidek, agar kempen sulungnya dalam saingan bertaraf Super 1000, iaitu Kejohanan Badmintion Terbuka Indonesia bermula 16 Julai ini tidak berakhir dengan kisah penyingkiran awal.
Ini penampilan pertamanya di pentas Super 1000 sejak berputih mata untuk menyertai kejohanan bertaraf sama, Seluruh England, Mac lalu.
Pemain di ranking ke-21 dunia itu bakal meniti laluan sukar apabila dua jaguh China menantinya jika melepasi rintangan pemain Thailand, Khosit Phetpradab, dalam pusingan pertama.
Juara Sukan Olimpik 2016, Chen Long, yang turun sebagai pilihan kelima kejohanan akan menantinya dalam pusingan kedua, dan sekiranya lolos, dia bakal berentap dengan pilihan kedua kejohanan, Shi Yuqi, di peringkat suku akhir.
"Pemain bukan pilihan perlu berdepan pemain pilihan seperti Shi Yuqi, (Kento) Momota dan Chen Long (di peringkat awal).
"Ini peluang untuk saya belajar daripada pemain handalan seperti mereka," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pagi tadi.
Statistiknya dalam 10 kejohanan tahun ini kurang memberangsangkan apabila masih buntu untuk menjejaki separuh akhir.
Namun, kutipan mata ranking Zii Jia semakin baik dan dia berkemungkinan berpeluang membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Grand Final Siri Jelajah Dunia, Disember depan.
"Itulah salah satu sasaran saya.
"Saya berharap dapat meraih kedudukan 10 terbaik dunia.
"Saya sedang berusaha dan harap dapat mencapainya," katanya.