Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melepasi halangan getir gandingan nombor lima dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam aksi straight set suku akhir Terbuka Indonesia sebentar tadi.
Selepas kekalahan terakhir kepada pencabar dari Negara Matahari Terbit itu dalam Terbuka Denmark tahun lalu, Pearly-Thinaah sebaliknya menang muda 21-6 untuk menutup set pertama dalam tempoh 12 minit.
Namun, Pearly-Thinaah memilih untuk mengendurkan asakan yang menyaksikan mereka saling bertukar mata dalam set kedua.
Selepas kedudukan terikat 13-13, beberapa kesilapan mudah daripada Iwanaga-Nakanishi secara tidak langsung memberikan jurang buat gandingan negara 17-14.
Aksi kembali sengit di penghujung permainan, namun Pearly-Thinaah kental menafikan sebarang kebangkitan bagi melunaskan dendam kekalahan lalu dengan keputusan 21-18.