Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Dia menumpaskan lawan dari Indonesia, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadila Silva Ramadhanti, menerusi aksi rubber set 18-21,21-16,21-17.
Set pertama menyaksikan wakil negara yang merupakan pilihan keempat kejohanan itu memberikan saingan sengit sebelum bergelut untuk tumpas 18-21.
Namun, mereka bangkit dengan corak bertahan dan lebih kemas dan kurang melakukan kesilapan mudah untuk mengheret wakil tuan rumah itu ke set penentuan dengan kemenangan 21-16.
Tempoh 58 minit diperlukan Pearly-Thinaah untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya selepas mempamerkan aksi yang lebih menyakinkan dengan pengalaman mereka untuk menang 21-17 dalam set penentuan.
Mereka akan berdepan rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, mahupun wakil Jepun iaitu Rin Iwanaga-Kie Nakanishi esok.