Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Man-Tee bangkit atasi cabaran rakan senegara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tee-man.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, terpaksa bermandi peluh sebelum menumpaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, dalam aksi rubber set, 14-21,21-11,21-16, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Mereka memerlukan 48 minit untuk melangkah ke pusingan suku akhir esok selepas menerima cabaran sangit daripada Arif-Roy King di di Istora Senayan, Jakarta.

Set pertama perlawanan yang berstatus Super 1000 itu menyaksikan Arif Junaidi-Yap Roy King agresif menyerang hingga melakar kemenangan 21-14, sabelum Man-Tee bangkit 21- 11 dalam set kedua.

Pertembungan di set penentuan itu didominasi Man-Tee selepas pihak lawan kerap melakukan kesilapan mudah apabila hilang focus pada pertengahan permainan dan tersekat di pusingan kedua.

Advertisement

Must Watch Video