Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Haikal-Hon Jian tersepit di peringkat 32

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haikal-hoon-jian.jpg
Mohd Haikal Nazri-Choong Hon Jian bagaikan mengangkat bendera putih ketika tidak bermaya dalam misi melunaskan hajat untuk membalas dendam ke atas beregu lelaki dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, menerusi Terbuka Indonesia, sebentar tadi. 

Selepas turut dihantui lawan serupa dalam Terbuka Malaysia yang lalu, Langkah Haikal-Hon Jian dalam siri super 1000 di Istora Senayan, Jakarta, itu terhenti dalam pusingan 32 -- juga menerusi straight set. 

Mereka sama sekali tenggelam apabila tumpas 13-21, 9-21 yang menyaksikan mereka dua kali melepaskan enam mata berturut-turut dalam set kedua.
 

Advertisement

Must Watch Video