Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, optimis dapat melakar kejutan menjelang saingan Terbuka Indonesia pada 16 Julai ini walaupun akan menentang pilihan ketiga kejohanan dari China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen.
Gandingan Aaron-Wooi Yik berjaya membuatkan Jun Hui-Yu Chen bermandi peluh ketika Malaysia berdepan China dalam aksi peringkat kumpulan Piala Sudirman di Nanning meskipun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 21-18, 14-21, 22-24.
Walaupun tewas dalam tiga pertemuan dengan wakil dari China itu, prestasi gandingan negara tetap menunjukkan penambahbaikan dalam setiap perlawanan
“Kami pernah menentang mereka sebanyak tiga kali dan kalah tetapi sangat sengit. Kami harap dapat menyaingi mereka di Indonesia walaupun tahu persekitaran di sana tidak begitu baik. Mungkin itu kelebihan kami,” kata Aaron.
Sejak digandingkan bersama pada 2017, pasangan negara itu masih gagal merangkul sebarang gelaran juara dengan pencapaian terbaik mereka mara ke final sebanyak lima kali.