Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Lee Zii Jia ke pusingan kedua

lee-zii-jia.jpg
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menumbangkan wakil Kanada, Brian Yang, di New Delhi sebentar tadi.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam Terbuka Malaysia minggu lalu, pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi lebih matang, terutama ketika bangkit daripada ketinggalan 13-17 dengan meraih lapan mata berturut-turut untuk memenangi set pertama 21-17.

Aksi set kedua pula menyaksikan kedua-dua pemain saling berkejaran mata tetapi selepas kedudukan terikat 16-16, Zii Jia tidak pernah ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.

Zii Jia seterusnya akan menantikan pemenang di antara perseorangan Hong Kong, Angus Ng Ka Long, dan pemain pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie, bagi penentuan ke suku akhir esok.

 

Advertisement

Must Watch Video