Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan tersungkur di pusingan kedua selepas tewas di tangan beregu Jepun, Namu Matsuyama-Chiharu Shida straight set 16-21 ,13-21 dalam Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 yang berlangsung sebentar tadi.
Permulaan yang baik pada set pertama apabila pasangan negara itu berjaya merebut mata terawal 2-0 pada set pertama namun segala usahanya bagaikan sia-sia selepas Matsuyama-Shida mengejar meninggalkan jurang empat mata dihadapan.
Beralih ke set kedua, Pearly-Thinaah seakan-akan hilang rentak apabila gagal pasangan lawan yang menduduki ranking keempat dunia itu mengutip empat mata berturut-turut.
Tidak lari dari melakukan kesilapan mudah, Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kekalahan sekali gus memberikan laluan mudah buat Matsuyama-Shida ke pusingan suku akhir.