Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik-malaysia-badminton.png
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India apabila menewaskan gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Sato, di New Delhi hari ini.

Turun sebagai pilihan keempat, wakil negara itu mempamerkan aksi hampir sempurna dalam set pertama untuk meraih kemenangan mudah 21-9.

Bagaimanapun, nasib berbeza dilalui mereka dalam set kedua, di mana Aaron dan Wooi Yik tidak dapat mendahului sejak mata pertama dan walaupun berhasil meraih enam mata berturut-turut untuk mengikat kedudukan 19-19, mereka membenarkan lawan untuk meraih dua mata terakhir, sekali gus terpaksa beraksi dalam set penentuan.

Mujur rentak sebenar mereka dikembalikan dalam set ketiga dan Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemenangan dalam pusingan pertama itu dengan keputusan 21-14 selepas secara keseluruhan beraksi selama 62 minit.

Meerka seterusnya akan menghadapi satu lagi beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, bagi penentuan ke suku akhir esok.

Advertisement

Must Watch Video