Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah tumbang kepada pilihan ketiga kejohanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinaah.jpg
Langkah beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, terhenti dalam pusingan separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025 di Hong Kong Coliseum, sebentar tadi.

Wakil negara yang turun dengan status naib juara Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 dan wakil tunggal negara itu tewas dalam aksi straight set, 14-21,11-21, dalam tempoh 35 minit.

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu saling berkejaran mata, namun ketika kedudukan terikat 12-12 menjadi titik kebangkitan wakil China yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu memperkemaskan permainan mereka untuk menang 21-14.






Momentum itu diteruskan Yi Fan-Shu Xian untuk mudah mendahului 9-2 selepas Pearly-Thinaah bergelut mempamerkan aksi terbaik mereka.

Meskipun wakil negara di ranking kedua dunia itu cuba bangkit, namun terlambat untuk tewas 11-21 sekali gus menutup kempen kem negara di kejohanan itu. 

Advertisement

Must Watch Video