Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah akur terlalu bertahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinaah.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, menyifatkan sikap terlalu bertahan sebagai salah satu faktor utama kekalahan separuh akhir mereka dalam Terbuka Hong Kong, hari ini. 

Juara bertahan itu tunduk 14-21, 11-21 oleh gandingan China, Jia Yifan-Zhang Shu Xian, dalam pertemuan selama 35 minit. 

"Kami terlalu bertahan dan ketika itulah serangan mereka menjadi lebih pesat dan agresif. 

"Ia adalah sesuatu yang kami perlu berikan perhatian," kata Thinaah selaku pemenang pingat perak Kejohanan Dunia.

Walaupun tewas, pasangan nombor dua dunia itu masih menyimpan kenangan indah tentang kejohanan ini yang dimenangi tahun lalu.

"Kami masih akan terkenan detik indah di sini. Tempat ini mengingatkan kami kepada laman sendiri kerana terdapat begitu banyak sokongan untuk kami di sini. 

"Kami akan berehat dengan baik, menjalani bedah bagi kejohanan ini dan kembali lebih kuat untuk kejohanan seterusnya," tambahnya. 

Mereka akan menyasarkan untuk mendapatkan rehat yang sewajarnya selepas beberapa minggu lalu yang melelahkan yang menyaksikan mereka mara ke final Kejohanan Dunia di Paris dua minggu lalu, sebelum kembali ke Kuala Lumpur selama beberapa hari dan bertolak ke Hong Kong,  Ahad lalu.

Mereka dijadual bersaing dalam China Masters pada minggu depan.


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video