Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, hampir mencipta sensasi ke atas pemain keempat dunia, Li Shi Feng, dalam pertarungan tiga set suku akhir Terbuka Hong Kong sebentar tadi.
Pemain China tersebut lebih awal menemui rentak di Hong Kong Coliseum itu dan selesa mendahului dan selesa dengan jurang 19-14.
Begitupun, permainan kemas di depan jaring meletakkan Jun Hao -- di ranking ke-23 dunia -- kembali dalam persaingan untuk mengikat kedudukan 20-20, sebelum terpaksa menyerah kalah 22-20.
Jun Hao, bagaimanapun, menggunakan kesempatan itu dan sememangnya layak untuk mengungguli set kedua 21-14 menerusi kawalan gelanggang yang kemas.
Aksi mereka terus sengit dalam set penentuan tetapi kelekaan daripada Jun Hao yang melepaskan lima mata berturut-turut menyebabkannya akur menyerahkan pendahuluan 10-9 kepada 15-13.
Dalam situasi ini, kedua-dua seteru tetap berani mengatur serangan.
Malah, Jun Hao terlebih dahulu mencecah mata akhir 20-19 selepas satu rali yang panjang, namun hanya untuk dikecewakan apabila kemaraanya dinafikan atas tiga kesilapannya sendiri.