Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Jun Hao tekad bangkit di China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun-hao.jpg
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengakui kecewa selepas terkandas di suku akhir Terbuka Hong Kong Super 500 semalam.

Jun Hao tewas dalam pertarungan sengit tiga set kepada pilihan kedua dari China, Li Shi Feng, 20-22, 21-14, 20-22 di Hong Kong Coliseum.

Menurutnya, permainan sudah mengikut perancangan namun beberapa mata penting di hujung set penentuan memihak kepada lawan.

“Apa yang saya rancang memang menjadi, tapi akhirnya tinggal 1-2 mata sahaja yang membezakan. Mungkin masih belum cukup baik lagi saya buat,” katanya kepada Badminton World Federation.

Ditanya mengenai peluang yang terlepas ketika berpeluang meraih mata penamat, Jun Hao menegaskan tidak gementar tetapi sudah memberikan segala usaha yang terbaik.

“Saya rasa di penghujung itu pun saya sudah paksa diri dan cuba apa yang mampu. Mungkin rezeki tidak berpihak selain juga faktor tuah,” ujarnya.

Mengulas persiapan menghadapi kejohanan seterusnya, Jun Hao menegaskan, beliau akan segera pulih fizikal dan mental menjelang China Masters Super 500 di Arena Shenzhen pada 16 hingga 21 September.

“Saya akan cuba jaga apa yang ada, gunakan masa beberapa hari ini untuk recovery dan cuba lagi di sana,” katanya.-Sinar

 

Advertisement

Must Watch Video