Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Pasangan Korea akhiri perjalanan Kian Meng-Pei Jing

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kian-meng-pei-jing.jpg
Perjalanan gandingan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir di saingan Terbuka Denmark sebentar tadi.

Berdepan Kim Won-ho dan Jeong Na-eun dari Korea Selatan, wakil Malaysia berada di depan sepanjang game pertama, dengan jurang paling besar enam mata. 

Dan, berbekalkan kelebihan tiga mata, Kian Meng-Pei Jing hanya perlu satu peluang untuk mengambil set pertama 21-16.

Bagaimanapun, Won-ho dan Na-eun bangkit di set kedua untuk mendahului 7-3 pada satu ketika, hasil kesilapan beregu negara.

Kelebihan itu dikekalkan sehingga kemenangan 21-18, untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Skrip yang berbeza ditampilkan Kian Meng-Pei Jing di set ketiga, kerana Malaysia memimpin dari awal perlawanan lagi untuk kedudukan sementara 6-2. 

Selepas itu Won-ho dan Na-eun mengekori rapat sehigga berjaya samakan kedudukan kepada 10-10 sebelum unforced errors Kian Meng memberikan ruang untuk pasangan Korea ke interval dengan 11-10.

Siri kesilapan dari beregu negara membuka ruang buat lawan memuktamadkan kemenangan itu 21-16.  

Advertisement

Must Watch Video