Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke suku akhir

aaron-chia-soh-wooi-yik-badminton-malaysia.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan dalam menempah slot ke suku akhir Terbuka Denmark dengan menewaskan lawan dari Perancis dalam aksi straight set sebentar tadi.

Kemaraan Aaron-Wooi Yik ke suku akhir dijana atas keserasian dan ketenangan pasangan negara itu dalam melayan kebangkitan yang cuba dijelmakan Lucas Corvee-Ronan Labar yang memiliki ranking jauh lebih rendah.

Permainan mudah dan kemas menjadi pilihan Aaron-Wooi Yik dalam memimpin kedudukan di set pertama sehingga membawa kemenangan 21-13.

Bagaimanapun skrip berbeza ditampilkan di set kedua apabila pasangan Perancis mahu bermain lebih agresif dalam menghidupkan peluang mereka dalam kempen kali ini -- saingan menjadi semakin sengit menuju ke pertengahan set di mana pasangan Perancis dilihat cuba mencari kelemahan Wooi Yik di sebelah kanan gelanggang dan mula berjaya mengejar kedudukan kepada 15-15.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi yik terus melawan dan memaksa Corvee-Labar melakukan kesilapan untuk menang 21-18. 
 

Advertisement

Must Watch Video