Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Bukan masalah besar untuk Pearly-Thinaah, kata Olimpian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razif.jpg
Olimpian badminton, Datuk Razif Sidek menganggap beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan M. Thinaah, mendapat laluan mudah pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka China yang berlangsung bermula hingga 27 Julai ini.

Naib juara Terbuka Jepun itu berdepan gandingan senegara, Ong Sin Yee-Carmen Ting yang disifatkan lebih memberi ruang kepada gandingan muda tersebut mempelajari sesuatu berharga daripada senior mereka. 

Razif turut berharap gandingan ranking ketiga dunia itu mampu mengekalkan corak persembahan dalam kejohanan lalu di Tokyo untuk dibawa ke China. 

Selepas pasangan negara itu memuktamadkan keputusannya untuk bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mereka dilihat sudah mula bermain dengan kualiti sebenar tanpa gangguan luaran.

"Saya lihat selepas kemelut kontrak antara mereka dan BAM telah selesai, saya percaya mereka lebih bersemangat.

"Persembahan semasa mereka lebih-lebih lagi dalam Terbuka Jepun cukup bagus. 

 

"Saya kira tiada masalah buat Pearly dan Thinaah menghadapi pusingan pertama Terbuka China kecuali jika mempunyai kecederaan. Lawan mereka masih muda.

"Saya berharap mereka meneruskan permainan terbaik mereka. 

"Terbuka China ialah satu pertandingan hebat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Advertisement

Must Watch Video