Aaron Chia-Soh Woi Yik menggalas cabaran tunggal negara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka China selepas melewati cabaran Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sebentar tadi.
Aaron-Woi Yik mengesahkan final Terbuka China buat kali kedua dan percubaan super 1000 keenam mereka selepas mencipta sensasi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou menerusi aksi straight set.
Jelas sekali, gandingan negara berada di dalam kelas tersendiri dalam pertemuan hari ini untuk merakamkan kemenangan 21-13 dalam set pertemuan sebelum sempat melalui tempoh getir menuju kemenangan 21-17.
Justeru, esok mereka akan membuat perhitungan dengan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang terlebih dahulu menyingkirkan Liang Wei Keng-Wang Chang.