Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, berdepan laluan sukar dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia bermula Selasa ini.
Pasangan yang berada di ranking ke-13 dunia itu tidak memandang rendah saingan dalam Terbuka Australia meskipun ia lebih rendah berbanding Siri Super.
"Walaupun ia hanya bertaraf 300, semua yang menyertainya adalah pemain ternama juga.
"Kami akan berdepan pasangan juara dunia dari China dalam pusingan pertama.
"Tidak kira kejohanan apa sekalipun, kami pasti akan mencuba sedaya-upaya," kata Mei Kuan
Sedar akan laluan sukar yang menanti, gandingan negara itu enggan dibelenggu tekanan dengan meletakkan sasaran untuk hanya ke peringkat suku akhir sambil berharap dapat menewaskan bekas juara dunia dari China, Chien Qingchen-Jia Yifan, dalam pusingan pertama.
"Memandangkan Terbuka Australia hanya bertaraf 300, kami berharap dapat mara ke suku akhir.
"Lebih baik untuk meletakkan sasaran itu terlebih dahulu kerana kami akan berdepan pasangan China seawal pusingan pertama," tambah Meng Yean.