Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia berakhir selepas kedua-dua wakil negara, iaitu pemain perseorangan lelaki, Soong Joo Ven, dan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, disingkirkan lawan masing-masing dalam saingan suku akhir, hari ini.
Peng Soon-Liu Ying selaku pilihan ketiga kejohanan terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar oleh beregu Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti,18-21, 20-22 di Sydney Olympic Park.
Harapan Malaysia musnah selepas Joo Ven tewas kepada pemain utama kejohanan, Chou Tien Chen, dari Taiwan 14-21, 8-21, menurut lawan sesawang, Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfbadminton.com.
Bagaimanapun, pencapaian pemain di ranking ke-72 dunia itu yang terkandas dalam suku akhir dilihat agak memberangsangkan selepas dia terlebih dahulu melakar kejutan dengan mengalahkan pemain utama Hong Kong, Wong Wing Ki, dalam pusingan pertama sebelum mengetepikan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin, untuk bertemu pemain nombor empat dunia, Tien Chen.
-- BERNAMA