Pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona, mempertaruhkan reputasinya sebagai wakil kebangsaan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas buat kontinjen Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 setelah dia gagal berbuat demikian, dua tahun lalu.
Dalam edisi 2016 di Sarawak, Kisona hanya dibenarkan beraksi dalam satu acara sahaja, iaitu beregu campuran, apabila bergandingan dengan Goh Sze Fei.
Perancangan itu dibuat memandangkan Kisona baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut kanannya.
Dia berjaya menamatkan saingan di tangga keempat, namun tetap memendam perasaan terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam acara kegemarannya, perseorangan wanita.
Kini, dia hadir ke Ipoh berbekalkan semangat baru untuk membantu kem Negeri Sembilan meraih emas memandangkan ini merupakan penampilan terakhirnya dalam Sukma.
"Ini Sukma terakhir saya, sudah pasti berasa sedikit sedih kerana tidak dapat beraksi dua tahun lalu. Kini, saya benar-benar telah bersedia dan diharapkan dapat menyumbang pingat dan menambah keyakinan diri," katanya.
Bergelar pemain kebangsaan sememangnya memberi kelebihan buat dirinya berbanding pemain lain dalam saingan kali ini, namun beberapa rakan seperjuangannya dalam kem negara turut ditagih khidmat oleh negeri masing masing, antaranya M. Thinaah yang mewakili Selangor dan Lee Ying Ying (Perak).
Kisona akan beraksi dalam acara berpasukan wanita, perseorangan wanita dan juga beregu campuran.
"Kelebihan selaku pemain kebangsaan pasti ada kerana pencabar lain tidak berlatih seperti kami tetapi itu tidak boleh dipandang rendah.
"Kami harus tampil dengan aksi terbaik," ujarnya.