Skip to main content

Advertisement

Badminton

Sukan Universiti Dunia: Fazriq Razif bawa misi tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fazriq-razif.jpg
Beregu lelaki negara, Muhd Fazriq Razif, yang juga anak kepada legenda badminton negara, Razif Sidek, akan membawa misi tersendiri ke Sukan Universiti Dunia di Jerman bersama Bryan Jeremy Goonting.

Fazriq menyifatkan 'no pressure' dari persatuan, namun secara peribadi, dia ingin membawa balik pingat tanpa mengira sebarang warna dalam kempen bermula 16 Julai depan. 

"Saya banyak menjalani latihan berkeamatan tinggi dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik. 

"Saya menyasarkan untuk memenangi pingat dalam penyertaan pertama. 

"Ini satu kejohanan yang besar walaupun belum ada sasaran khusus yang diletakkan BAM (Persatuan Badminton Malaysia)," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video