Perenang sensasi negara, Welson Sim, akhirnya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki pada hari ketiga kejohanan Terbuka Malaysia, hari ini.
Hajatnya untuk melakar rekod baru dalam saingan ini tercapai apabila dia cemerlang mengungguli acara itu dengan catatan masa 1 minit 48.50 saat bagi memadam rekod sebelum ini, 1 minit 48.64 saat, yang dilakukannya di Kuala Lumpur, Mei tahun lalu.
Perenang Sukan Olimpik Rio 2016 itu meninggalkan rakan sepasukannya, Daniel Bego, yang meraih pingat perak dengan catatan 1 minit 53.61 saat, diikuti Yeap Zheng Yang dari Selangor, di tempat ketiga.
Menariknya, catatan masa yang dilakukan Welson itu juga lebih pantas daripada Kejohanan Kebangsaan Singapura Peringkat Umur pada bulan lalu, iaitu 1 minit 49.27 saat.
"Saya sangat gembira dengan keputusan hari ini.
"Catatan 1 minit 48.50 saat yang dilakukan dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki merupakan rekod terpantas di Asia Tenggara.
"Ini bermakna saya masih memegang status sebagai perenang terbaik di Asia Tenggara.
"Ini satu perkembangan yang bagus dengan harapan saya dapat meraih emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur nanti," katanya mengenai harapan dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Sementara itu, Tern Jian Han konsisten meraih emas ketiganya dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki selepas mencatat masa 24.96 saat.
"Saya agak gembira dapat meraih emas memandangkan saya bukanlah peserta pilihan dalam acara ini.
"Oleh itu, saya rasa sangat bertuah," katanya.
Bagaimanapun, dalam acara 200m kuak lentang, Jian Han gagal menuai emas keempatnya apabila ditewaskan oleh pesaing dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hoe Yean.