Soniia Cheah tidak lagi meragui masa depannya sebagai seorang pemain badminton, apatah lagi kini bergelar pemain perseorangan wanita nombor satu negara.
Soniia sudah melalui pelbagai episod turun naik sejak mengalami kecederaan kaki yang serius pada Ogos 2013 di mana beberapa siri pembedahan menyusul selepas itu.
Proses pemulihan dan membentuk semula kerjayanya pada awal 2015 membangkitkan keraguan terhadap kemampuannya untuk beraksi di pentas tertinggi.
Kini, Soniia hanya merenung masa depan sebagai perseorangan wanita negara.
"Saya bersyukur kerana dapat kembali beraksi.
"Bagi saya, ia seperti permulaan dalam karier dan untuk itu, saya berasakan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
"Dengan kehadiran jurulatih baru, Tey Seu Bock, saya harap ia dapat membantu saya," katanya.
Dia mahu menamatkan musim ini dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia selain dicanang sebagai harapan negara di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
"Keyakinan saya semakin melonjak.
"Namun, saya tidak boleh memandang rendah pencabar yang lain memandangkan Thailand dan Indonesia mempunyai pemain handalan.
"Saya akan menghadapi satu persatu perlawanan.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran lagi kerana ini merupakan pengalaman pertama saya beraksi dalam acara perseorangan Sukan SEA.
"Saya pernah beraksi dalam acara berpasukan dalam Sukan SEA 2011 dan berharap dapat memenangi pingat kali ini."