Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pang-ron-yee-see.jpg
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.

Kedua-dua beregu negara berkenaan cemerlang menewaskan lawan dari Indonesia dalam aksi separuh akhir hari ini.

Pilihan keempat, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei, bangkit daripada kekalahan 20-22 dalam set pertama sebelum menewaskan pilihan utama, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtiyas Mentari, 21-13, 21-18 dalam dua set berikutnya.

Berita bvaik terus diterima kem negara apabila beregu pilihan kedua, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, turut melakukan kebangkitan untuk menewaskan Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso 18-21, 21-16, 21-17.

Sebagai rekod, Malaysia memenangi tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa dalam edisi di Manila tiga tahun lalu tetapi kali ini, skuad badminton negara -- yang memilih untuk menurunkan keseluruhan skuad pelapis -- akan menamatkan kempen dengan satu emas, dua perak dan satu gangsa.
 

Advertisement

Must Watch Video