Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem, memberi bayangan tidak berminat untuk beraksi buat skuad negara di pentas Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan tiket ke Sukan SEA 2019 buat V Shem dan gandingannya, Tan Wee Kiong, serta rakan profesional yang juga beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Ini selepas mereka diketepikan daripada tugasan bersama skuad kebangsaan bagi kempen berpasukan campuran Piala Sudirman ketika ini.
Bagi V Shem, Sukan SEA sepatutnya menjadi medan untuk membentuk kewibawaan bakat muda.
"Saya beranggapan Sukan SEA sudah tidak lagi penting kerana Sukan Olimpik adalah sasaran utama kami.
"Kami belum dapat membuat keputusan muktamad, tengoklah macam mana situasinya kelak," katanya.
V Shem-Wee Kiong akan meraikan ulang tahun kelahiran mereka yang ke-30 dan angka tersebut mengobarkan semangat V Shem untuk meneruskan misi mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Terbuka Australia, bulan depan.
"Umur tidaklah begitu penting.
"Dengan umur yang semakin meningkat, saya perlu lebih matang lagi," ujarnya lagi.