Pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, menggalas misi berat untuk meneruskan legasi Malaysia di pentas Sukan Olimpik dengan perlu menempatkan diri dalam kelompok 38 pemain terbaik sebelum tamat kempen kelayakan ke temasya Tokyo 2020 April depan.
Berdasarkan ranking kelayakan, dia kini berada di tangga ke-26.
Harapan negara kini disandarkan kepada pemain kelahiran Kuala Lumpur itu selepas Goh Jin Wei terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah perut yang kronik.
Di atas kertas, Soniia akan meniti laluan yang cukup baik untuk melakukan penampilan pertamanya dalam temasya itu, namun dia perlu berwaspada agar kedudukan itu tidak dipintas memandangkan hanya 38 pemain diperuntukkan untuk beraksi.
"Saya berasa agak sedih untuk Jin Wei memandangkan dia mengalami masalah kesihatan sehingga tidak dapat beraksi dalam kejohanan.
"Saya tidak mahu mengatakan ia sebagai tanggungjawab, cuma saya akan menyertai kejohanan tanpanya.
"Saya akan bertanding dalam tiga perlawanan berturut-turut, jadi ia akan menjadi satu cabaran baru buat saya," katanya.
Tiga tahun lalu, wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita di Rio, Brazil adalah Tee Jing Yi, yang beralih ke acara beregu wanita sebelum mengumumkan persaraan Julai tahun lalu.
Soniia dijadualkan untuk beraksi dalam tiga kejohanan berturut-turut bulan ini, bermula dengan Terbuka Indonesia (16-21 Julai), Terbuka Jepun (23-28 Julai) dan Terbuka Thailand (30 Julai-4 Ogos) sebelum membuat persiapan untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland, 19-25 Ogos depan.
"Ia merupakan kebanggaan saya untuk mewakili negara dan layak ke Sukan Olimpik.
"Apa yang akan saya lakukan sekarang ialah menumpukan kepada perkembangan saya dan sentiasa meningkat dalam setiap perlawanan.
"Itulah fokus saya buat masa ini," tambahnya.