Skip to main content

Badminton

Sukan Olimpik Paris: Roslin Hashim percaya Zii Jia mampu lakar kejutan

roslin.jpg
Legenda badminton negara, c, optimis semangat yang di tunjukkan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, berhak diberikan pujian.

Sebelum ini pemain berusia 26 tahun itu mengeluarkan kenyataan untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024, Julai nanti.

Walaupun ketika pemain berusia 26 tahun itu masih belum menunjukkan keputusan yang memberansangkan, Roslin menyeru agar penyokong memberikan sokongan kepada Lee Zii Jia.

"Mungkin kita tidak berada pada diri dia mungkin kita fikir mustahil, tetapi jika fikir dia mampu meraih pingat emas di Sukan Olimpik itu bermakna dia lebih mengetahui kemampuannya.

"Perkara itu akan memberikan inspirasi buat dirinya nanti kerana yang penting sebagai pemain dia tahu apa yang dia mahukan.

"Jangan fikir apa yang orang katakan. Jika dia maklumkan begitu maka kita perlu memberikan sokongan kepada dia." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video